Sunday, December 2, 2018

1.4: Kepentingan Penyuntingan Naskhah

Manuskrip yang tidak disunting ibarat rumah yang tidak siap dan dilihat 'tergesa-gesa'.

Apakah perasaan kita bila membaca sesuatu karya yang banyak kesilapan yang nyata seperti ejaan dan struktur ayat yang tidak difahami?

Pastinya mesej yang ingin disampaikan oleh penulis sukar sampai kepada pembaca, malah meninggalkan kesan yang tidak senang pula.

Maka boleh disimpulkan penyuntingan naskhah amat penting untuk mengelakkan perkara berikut:


  • kesilapan nyata seperti ejaan, kata nama khas, nama seseorang atau organisasi
  • salah faham antara penulis dengan pembaca akibat struktur ayat yang sukar difahami, terlalu panjang atau berulang-ulang
  • ketakselesaan pembaca akibat susun atur yang kurang kemas atau tersekat-sekat
  • reputasi atau kredibiliti seseorang penulis tercalar akibat manuskrip yang banyak kesalahan ketara 
Bagi penulis yang sudah berkali-kali membaca atau melihat manuskripnya mungkin akan terlepas pandang beberapa perkara, atas sebab itulah pentingnya manuskrip itu disunting oleh pihak lain untuk memastikan kualiti yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment