Monday, December 17, 2018

Ulasan Ebook oleh Mahfuzah Zabidi

Ulasan e-book Kuasai Asas Suntingan


Ebook:  Kuasai Asas Suntingan 
Penulis:  Hifzaila Hafni
(www.kuasaiasassuntingan.blogspot.com)
----------------------------------------------------
"Buku yang tidak melalui proses suntingan umpama rumah yang tidak siap."


Begitulah kurang lebih ayat yang sangat melekat dalam minda saya tatkala saya menghalusi penulisan Puan Hifzaila Hafni dalam buku ini.  

Pengalaman penulis dalam bidang penyuntingan menjadikan buku ini satu kit utama untuk semua penulis yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan.  

Bertepatan dengan tajuk buku, pembaca akan dihidangkan dengan teknik suntingan seperti suntingan teknikal, bahasa dan terjemahan. Panduan penyuntingan kendiri juga turut dibincangkan.  

Dengan mengikut panduan yang dimuatkan dalam buku ini, insya Allah peluang karya diterbitkan dapat ditingkatkan.  

Penerangan yang ringkas dan padat serta menggunakan bahasa yang mudah menjadikan buku ini sangat baik dijadikan rujukan cepat oleh para penulis.  

Saya sendiri baru mengetahui bahawa penyuntingan mengambil masa yang panjang dan mungkin sahaja merupakan satu proses yang melelahkan.

Pendek kata, penyunting atau editor merupakan wira di belakang tabir yang menjadikan sesebuah buku berkualiti.

Namun, melalui buku ini, penulis boleh melakukan sendiri proses penyuntingan tersebut.  Sekurang-kurangnya kesalahan asas dapat dielakkan dan dibaiki.  

Mahfuzah Zabidi
www.strategibelajarulualbab.blogspot.com

No comments:

Post a Comment