Kebanyakan penulis menyangka selepas manuskrip siap ditulis dan dihantar, setelah lulus terbit, buku sudah boleh tiba di tangan dalam satu ke dua minggu.
Oh, tidak!
Bermula daripada penilaian manuskrip, penyuntingan, pembacaan pruf, percetakan - seluruh proses ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan.
Jangan sangka menerbitkan buku semudah yang disangka kerana ia melibatkan masa dan juga memerlukan kos yang tinggi. Jadi, penerbit akan berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan sesebuah buku.
Setelah manuskrip diterima, editor akan menilai dan membuat keputusan sama ada manuskrip tersebut akan diterbitkan atau sebaliknya.
Kemudian, pihak editorial akan membuat costing untuk melihat perbelanjaan yang perlu serta harga buku yang akan diletakkan. Dalam costing inilah akan dimasukkan jenis dan kos kertas, bilangan halaman hitam putih atau berwarna serta kos freelancer (jika ada) dan pelbagai kos lain.
Proses penyuntingan akan dibuat oleh editor in-charge. Proses inilah yang mengambil masa yang paling lama berbanding proses lain. Setelah disunting, manuskrip akan dihantar untuk diatur huruf kepada pereka grafik. Manuskrip yang telah diatur huruf dikenali sebagai pruf. Biasanya manuskrip akan melalui tiga peringkat pembetulan iaitu pruf pertama, kedua dan ketiga.
Selepas pruf disemak dan editor berpuas hati, pruf akan dihantar untuk cetakan.
(flow chart)
No comments:
Post a Comment